Pages

Wednesday, December 15, 2010

Kisah Dahari yg b'kefahaman ATHEIST yg tak emsem

Sebelum penulis menulis hasil tangannya ini secubit permintaan telah diajukan kepada pembaca iaitu pastikan anda serius dan jangan pula ade yang sikit-sikit nak pegi tandas la, nak sidai tuala la, nak kirim kawan suruh beli nasi pataya la dan sebagainya (penulis marah dan tegas).




Hai kalian (penulis menyapa), bertemu kita sekali lagi dihari dan waktu yang tak sama dalam blog teratak ilhamku. Kali ini penulis telah menjelajah ke selatan kampungnya untuk menimba ilmu. Selain daripada menimba ilmu, penulis juga ingin menimba air di perigi yang berdekatan untuk kegunaan rumah beliau. Air paip di rumah beliau telah dipotong oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sejak beberapa purnama yang lalu. Syabas diucapkan kepada penulis kerana begitu ‘gamble’ dan masih hidup hingga ke hari ini walaupun bekalan air dirumahnya telahpun dipotong. Syabas diucapkan sekali lagi.



Begitu panjang intro sehingga hampir-hampir nak lari daripada tajuk asal. Bermula dengan niat untuk menimba air di perigi tetapi si penulis punya hasrat telah bertukar menjadi seorang pengintip apabila terdengar  suara yang sayup sambil berbual-bual perlahan seperti perbualan didalam kelambu (agak si penulis). Melihat keadaan yang mencurigakan itu maka si penulis pun cuba untuk pergi lebih hampir dan alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati  bahawa suara yang sayup itu datangnya daripada sebuah surau rupenya. 


Alamak betapa malunya penulis sehinggakan ingin menjadi warganegara Timur Leste kerana tidak pernah mengambil tahu tentang wujudnya surau tersebut. Apa yang menjadikan persoalan ialah apakah yang dibualkan oleh manusia disurau berkenaan? Ada mensyuarat gotong-royong kampungkah? Mungkin ade mesyuarat pertandingan futsal 5 sebelah kah?, tapi kenapa nak buat kat surau plak pejabat belia dan sukan daerah kan ader! Atau mungkin ade majlis pernikahan diantara 2 sejoli kah? Bila diamati betul-betul si penulis baru menyedari bahawa suara yang didengari itu adalah suara tok iman disurau berkenaan yang sedang memberi tazkirah kepada orang-orang kampong yang datang untuk mengaji kitab-kitab (Hadith) lama. 





Alamak sekali lagi penulis kena getah daaaa…kali ni si penulis benar-benar malu dan ingin menjadi warganegara Canada Barat pula. Orang rajin pegi surau la katakan. Memandangkan sudah terlanjur mendengar  tazkirah tersebut si penulis mula menunjukkan reaksi minat dengan duduk tegak seperti senaman YOGA di atas sebatang pokok pisang yang telah tumbang untuk mendengar dan cuba untuk memahami betul-betul isi daripada tazkirah berkenaan.




Kita beralih pula kepada tok iman yang kelihatan tidak sabar-sabar untuk menyampaikan tazkirah . apa yang penulis faham daripada tazkirah tersebut adalah berkenaan dengan cerita riwayat Ulama’ Islam lama iaitu Imam Abu Hanifah yang telah menjawab beberapa soalan maut yang dikemukan oleh golongan Dahri. Dahri ini adalah satu kefahaman yang berpegang kepada masa dan nature. Contohnya ialah kematian. Golongan ini menyatakan kematian, hari kiamat, umur seseorang dan banyak lagi perkara semunya adalah ditentukan oleh masa, contoh ayat “Davidson sudah tua maka sudah  sampai masanya dia mati”. 





Maksudnya di sini kematian ini adalah kerana masa sesuatu benda itu telah tamat tempoh seperti roti Gardenia (best before 4/9/1984).Betul tu wahai golongan Dahri tapi sape plak yang cabut nyawa ko nanti dan sape plak yang menentukan tarikh tamat tempoh bagi manusia plak! (baran hati penulis). Takkan  hayat manusia pun kilang roti Gardenia yang tentukan. That is called disgusting! bentak hati penulis ketika mendengar tazkirah tersebut.




Suatu hari golongan-golongan Dahri ni berfakat-fakat untuk berjumpa dengan golongan Ulama’ Islam termasuklah guru kepada Imam Abu Hanifah. Tetapi pada masa berkenaan Iman Abu Hanifah outstation agaknya (berdakwah kat luar kawasan). Apabila golongan ini tiba, maka salah seorang daripada mereka pun naik di atas pelantar yang macam pentas sekolah (budget otai, nyampah!). dengan suara yang tak sedap maka dia pun berkata wahai Ulama’ Islam kami daripada golongan Dahri ingin menanyakan beberapa soalan maut. 




Golongan ulama’ pada masa tersebut terkejut la, apesal tetiba jer nak tanya soalan. Bagi salam pun tak! terus jer nak tanya soalan. Tapi golongan Ulama’ pada masa itu sangat cool and steady walaupun terkejut dengan kehadiran mereka tapi golongan Ulama’ tetap menerima dan bersedia untuk ditanya. Cayalah golongan ulama’ you are my idol (harap si penulis). 




Wakil daripada golongan Dahri ini memulakan pertanyaan yang pertama “Dengar soalan ini betul-betul yer. Soalan pertama, benarkah Allah ini wujud? jika wujud dimanakah tempatNYA ? Mendengarkan soalan pertama yang power tersebut maka golongan Ulama’ mula naik bulu roma, bukannya seram tapi soalan ini memang susah nak dijawab. Salah jawab nanti buruk padahnya. Takpe jangan risau k, kita dengar dulu soalan yang kedua plak.




 “Dan ini adalah soalan terakhir. Soalannya ialah, Siapakah sebelum dan selepas Allah? Adusss… apakah soalan yang pelik ini, makin migrain kepala dibuatnya. Golongan Ulama’ mula khuatir dengan soalan tersebut sehinggakan tiada seorang pun daripada golongan Ulama berkenaan dapat ilham untuk menjawabnya termasuklah guru kepada Imam Abu Hanifah. 




“Seterusnya Soalan kedua, jika ALLAH itu wujud, apakah yang sedang ALLAH lakukan pada waktu ini?”


Perghh… susah betul soalan tersebut. Golongan Ulama’ bertambah pening bagaimana nak jawab soalan berkenaan. Kalau si penulis yang ditanya dengan soalan sebegitu rupe mau tumbuh tumor kat kepala dibuatnya. 




Memandangkan situasi pada ketika itu masih tegang, golongan Dahri yang budget dah menang mula memandang rendah terhadap golongan-golongan Ulama’ dengan tersenyum sinis (budget comel! Eee…geram) marah penulis kepada golongan Dahri ketika mendengar tazkirah berkenaan sambil mematah-matahkan penyapu lidi masjid yang berada di surau berkenaan. Memandangkan tiada seorang pun di kalangan Ulama’ yang dapat menjawab, maka guru kepada Imam Abu Hanifah pun bersuara. 



“Wahai golongan Dahri, buat masa ni kami tak nak jawab soalan ni kerana ianya terlalu mudah ler! Kalau kamu nak jawapan ni kamu kena bersabar dulu sehingga esok pagi. Oleh kerana soalan ini terlalu lah senang, so aku ingat aku nak bagi anak murid aku je la yang jawab k. aku yakin dia sorang jer yang boleh jawab soalan ni. Sabar itu subur, kalau tak sabar pegi masuk kubur.” Psiko guru Imam Abu Hanifah dengan confidennye. 




Terdengar gurau kasar berkenaan, lalu golongan Dhari ni pun berundur diri dengan penuh tak puas hatinya dan tak sabar-sabar nak tunggu sehingga keesokan paginya. Ada jugak diantara mereka yang mengurung ayam ke dalam sangkar untuk dijadikan alarm pagi esok. Hmmm…malas nak layan dengan golongan yang budget kreatif ni. Mendengarkan kisah ini, penulis rase macam pernah dengar dan tengok jalan cerita ni, tapi di mana yer. “Haaahh..macam citer nujum pak belalang”. Excited si penulis. 




Sementara itu, Imam Abu Hanifah tidak pergi lama dari outstation dan pulang ke kampung halamannya setelah selesai urusannya diluar. Setelah itu, beliau pun pergi bertemu dengan gurunya kerana ingin melawat. Setelah berjumpa dengan gurunya, lalu diceritakan oleh gurunya berkenaan hal yang berlaku petang tadi. Dengan muka tenang, lalu Imam Abu Hanifah berkata, “wahai guruku, janganlah risau. Allah sentiasa akan membantu kita yang menegakkan agamaNYA. Esok saya akan menjawab semua soalan-soalan dengan selamba k, saya yakin golongan ini hanyalah sekadar ingin menguji iman kita jer. Don’t be afraid”. Kata Imam Abu Hanifah dengan penuh yakin. 





Imam Abu Hanifah ini ialah seorang pentafsir mimpi yang baik dan di iktiraf. Pada malam tersebut guru imam Abu Hanifah telah didatangi satu mimpi pelik iaitu terdapat sebatang pokok yang rimbun dan berbuah dengan begitu banyak sekali. Tetapi yang tak bestnya plak, ade plak binatang haram (khinzir @ babi) ni cuba nak merosakkan pokok tersebut. Lalu pokok tersebut telah rosak dan jahanam disebabkan oleh sondolan babi berkenaan. walaupun ianya rosak,tapi tunggul pokok tersebut masih melekat pada tanah dengan kukuhnya. 





Tiba-tiba datanglah seekor harimau yang ganas terus menerpa ke arah babi berkenaan lalu memakannya dengan rakus dan tanpa protokol. Padan muka babi tersebut. Lalu guru Imam Abu Hanifah terjaga dan memanggil Imam Abu Hanifah untuk menafsir mimpi tersebut. Lalu Imam Abu Hanifah tersenyum dan menyatakan kepada gurunya ini adalah satu petanda yang baik. Di mana beliau mentafsir bahawa pokok di dalam mimpi gurunya itu adalah agama Islam, sementara babi yang tak hensem tu adalah golongan Dhari dan harimau yang perkasa itu adalah Imam Abu Hanifah sendiri. 



Ini bermakna memang Imam Abu Hanifahlah yang dapat membela agama Islam pada waktu tersebut. Oleh itu, Imam Abu Hanifah telah berdoa kepada Allah agar membantu beliau. Selain itu, dengan kebijaksanaan Imam Abu Hanifah ini gurunya yakin beliau akan menjawab soalan-soalan tersebut.



Pada keesokan paginya, tibalah masanya untuk sesi soal-jawab di antara wakil golongan Dhari dan juga Imam Abu Hanifah. Macam biasa, dengan angkuhnya wakil golongan Dhari pun naik atas stage (pentas) berkenaan lalu bertanya, “wahai orang Islam, sudahkah kamu peroleh jawapan daripada soalan-soalan ku semalam haahh?soal wakil Dhari dengan biadap dan kasar. 



Lalu Imam Abu Hanifah pun bersuara, “wahai orang Dhari yang mulut busuk, kalau ye pun tak sabar nak dengar jawapan daripada soalan senang kacang tu, pergi lah gosok gigi dulu k. hahhhh… ape soalan kau semalam, ulang balik.” Psiko Imam Abu Hanifah. Dengan terhegeh-hegeh wakil Dhari tu pun berkata “Dengar ye soalan yang pertama, benarkah Allah ini wujud? Kalau wujud dimanakah tempatNYA? 



Lalu terus terus Imam Abu Hanifah menjawab, “wahai Dhari yang benak hati, kamu kan percaya kepada angin yang bertiup (udara), so kat maner plak letaknya angin? Lagi satu, kamu jugak percaya manusia ni ade roh, so di mana plak rupe roh berada?  Begitu jugak lah Allah SWT, kita tak dapat nak tengok dia, abis tu dah tak dapat tengok mane la kite tau dimanakah dia berada. Kalau nak tengok dan nak tau sangat dimanakah Allah SWT ni berada, kamu convert Islam dan hayati agama Islam sedalam-dalamnya dengan penuh ikhlas, pastu pada hari akhirat nanti sekiranya kalian masuk syurga, anda akan bertemu pencipta anda iaitu Allah SWT. Faham ke tak ni? Tanya Imam Abu Hanifah kepada golongan Dhari. Lalu tersentak wakil orang Dhari setelah mendengar jawapan yang jelas dan padat itu. 




Dengan perasaan tak puas hati, dia pun mengaju soalan yang kedua wakil golongan Dhari tadi berasa benggang mantera lantas mengajukan soalan kedua iaitu, “Soalan seterusnya ialah, Siapakah sebelum dan selepas Allah?. Tanya wakil orang Dhari terketar-ketar.



 Dengan penuh tenang dan confiden sekali, Imam Abu Hanifah pun mengangkat tangannya lalu ditunjukkan jari-jemarinya yang cantik ibarat kata pepatah macam bunting serai. Beliau bukan nak buat magik atau nak mengajar orang Dhari mengira tetapi sebaliknya dia bertanya kepada golongan Dhari tersebut “wahai orang Dhari cuba kita lihat jari jemari kita ini ye,ianya bukan saja digunakan untuk memicit jerawat atau menekan suis lampu tandas jer tetapi jari jemari ini juga dapat menjawab soalan kamu tadi. 



Dengar sini bebaik, sebab aku takkan ulang suara sebanyak 2 kali dan aku juga bukan DJ radio nak ulang2 suara ni. Kita ada lima jari bagi manusia normal bukan? Kalau yang ade memiliki seratus batang jari @ lebih dari lima dikatakan sebagai cacat dan tidak termasuk dalam hujah kita ni k. aku nak tanya kalau betul golongan Dhari ni percaya kepada fizikal manusia, apakah sebelum ibu jari dan apakah plak selepas jari kelingking (anak jari)”. Soal Imam Abu Hanifah kepada golongan Dhari pula. 



Namun tiada seorang pun daripada mereka yang bangun dan menjawab soalan tu. Hahhh.. baru tau betapa susahnya nak jawab soalan, lain kali jangan begitu asyik nak bertanya jer bile orang tanya soalan balik dah tak tau nak jawab. Lalu Imam Abu Hanifah pun menerangkan jawapan sebenar dengan mengatakan “wahai orang Dhari, begitu juga dengan Allah. Allah SWT ini ialah tiada awal dan tiada akhirnya. Segala rahsia tentangNYA hanya dia yang mengetahui. Dah pencipta, so dia boleh buat ape pun yang dia inginkan. ‘Kun faya kun’ (jadi, maka jadilah ia) bro! jelas Imam Abu Hanifah kepada golongan Dhari yang diam membisu tanpa sebarang bicara. 




“ok….ok… kita dengar soalan ketiga plak, jika ALLAH itu wujud, apakah yang sedang ALLAH lakukan pada waktu ini?” soal wakil orang Dhari dengan suara yang agak cuwak. Tanpa membuang masa, terus Imam Abu Hanifah menjawab “wahai orang Dhari! kau ni memang tak pegi sekolah lah. Kau tak diajar protokol sesuatu majlis ker? Kau pernah tak tengok siaran Forum Perdana Ehwal Islam ke, Halaqah ke, atau mari bertaranum? Mane ader orang yang menyoal duduk di atas sementara orang yang menjawab berada di bawah! Mane rules yang ko blajo?”. Herdik Imam Abu Hanifah. 



Lalu Imam Abu Hanifah meneruskan hujahnya dan berkata “Kalau ko nak tau sangat ape yang Allah buat sekarang ni, ko turun kat bawah ni dulu biar aku plak naik ke atas pentas tu. Nanti aku bagitau jawapannya k!”. Tegas Imam Abu Hanifah. Lalu wakil orang Dhari tu pun turun la dengan muke yang merah padam setelah diherdik oleh Imam Abu Hanifah. Lalu Imam Abu Hanifah menjawab “kamu orang-orang Dhari, dengar sini jawapan ku baik-baik kerana aku takkan ulang 2 kali jugak k. Ape yang Allah sedang lakukan sekarang ialah Dia telah menjatuhkan martabat wakil orang kamu dengan menurunkan orang kamu di bawah dan sementara itu Dia telah menaikan ku ke atas. See… amacam? Jelas ke tak ni! Nak jelas lagi meh la masuk Islam. You are very welcoming to our religious. Come and join us to make the lesson of Islam wider to entire world”. 




Namun orang-orang Dhari yang begik ini, masih degil dan tak paham-paham. Tapi terpancar dimuka mereka memang akur dengan jawapan tersebut. Ini bermakna orang islam telah memperoleh kemenangan yang ke-3. Hore..hore…(gembira hati si penulis) chaiyok.. chaiyokkk.. Imam Abu Hanifah. Oleh kerana malu dan sakit hati maka mereka pun blah dan tak kembali lagi untuk menanyakan soalan-soalan maut lagi kerana takut diaibkan semula.





Moral yang boleh kita pelajari daripada cerita tersebut ialah bercampur skit dengan masyarakat setempat supaya dapat tahu ade surau yang dibina dihujung kampung. Selain itu, cuba dekatkan diri dengan masjid @ surau (solat berjemaah) dan galakkan hati agar join aktiviti surau seperti dengar kuliah subuh dan maghrib atau melapah daging lembu korban (sekiranya ada). Selain itu, kurangkan lah menanyakan soalan-soalan yang boleh menjadikan kita kufur kepada Allah (macam soalan Dhari).Dan yang terakhir sekali jadilah seorang insan yang membela agama Islam dan selalu beriman kepada PenciptaNYA. Sekian terima kasih. Jangan lupe bayar bil air? Elakkan daripada pemotongan. Adiossss..blub..blub..blub..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...