Tuesday, November 9, 2010

Kisah kura-kura, arnab, penjaga garisan & fenklabnye

Cerita dongeng rakyat ini aku curi-curi dengar masa orang tua berbicara kat kedai kopi. orang kate tak elok nyampok orang tua nyembang....tp aku dengar jer, sumpah tak pernah nyampuk pun mase diorng bercanda.sambil minum air kosong suam+limau+sikit gule=limau suam. telinga dipasang sebagai alat untuk mendengar.

cerita ni memang patut kamu dengar tau! cerita penuh teladan yang patut dicontohi kepada manusia-manusia poyo macam mat rempit dan firaun serta konco-konconyer yg mati tertelan air laut merah....

pada zaman selepas dinosor, saiz binatang2 makin mengecil dan terbantut kerana kekurangan sumber vitamin dan supplement seperti jeli gamat (luxor), jus tok guru dan susu hi-goat. oleh kerana ade binatang-binatang lemah dan kuat maka keangkuhan semakin menular dalam kalangan makhluk yang terer contohnya macam si ARNAB (jantan) ARNABIAH (betina) sama naik je 'attitude' kedua-dua gender binatang ni. hal ini diperasani oleh sang kura-kura yang dianggap binatang bangsat dan mempunyai kasta yang rendah.

sebelum ini sang kura-kura sering menangis kerana asyik diherdik oleh rakan-rakan yang lain seperti labah-labah, keldai, tenggiling, dan tuntung...yang peliknya kura-kura ngan tuntung tu same jenis tapi kenapa tuntung pun gelak dan mencaci sang kura-kura tu...tak sedar diri dan xsedar diuntung la tuntung ni.

maka, sang kura-kura pun membuat anjakan paradigma dengan inisiatif untuk memajukan diri dengan memberi cadangan mase mesyuarat agong tahunan JKKK untuk melantik ketua kampung baru di  tempat beliau.

pelbagai cadangan telah diajukan oleh haiwan-haiwan yang datang ke mesyuarat tersebut termasuklah cubaan nak buat lawak basi iaitu cadangan ditutup sedangkan upacara mesyuarat tak habis lg (lawak arrr)...binatang kurang pandai memang mcm tu pun. malas nak layan. ade yang ajak lawan batu seremban! ade ke patut. cadangan tersebut dibangkang oleh ikan sekeras-kerasnya. ade yang terlebih bijak pulak bagi cadangan main catur @ dam aji, dah ramai plak yang tak tau main (cume kuda je yang tau) dan ade gak yang gatal mulut ajak lawan rumah berhias dan ade gak suruh buat pilihan raya umum. To make it worst,sang beruang mencadangkan lawan tido paling lamer, hmmm..semua binatang bengang dan tak setuju.

setelah beberapa jam mereka bermesyuarat maka dengan rasa egois , si ARNAB pun lantang bersuara. "tuan pengerusi (EN. Gajah), saya mencadangkan kita adakan perlawanan lumba lari. setuju tak! sape menang kita lantik jadi ketua. amacam set".

lantaran itu, sang kura-kura yang cuwak dengan idea si ARNAB pun membantah lalu menyampuk "objection your honour! agak-agak la tuan pengerusi, walaupun saya ni berkaki banyak tak semestinya saya boleh berlari laju. confirm kalah punye!". kite buat undian ape macam kawan-kawan.

pendapat sang kura-kura langsung tidak mendapat layanan daripada rakan-rakannya, maklum le kura-kura takde SPM la kata kan!to make it worst sekali lagi, semua binatang lain telah menarik diri. kura-kura tak tahu yang sebelum ni si ARNAB dah sogok rasuah dimana setiap binatang telah mendapat sekeping biskut OREO dan sepeket nescafe 3 in one. sang kura-kura akur dengan keputusan mesyuarat dan AJK tertinggi telah bersetuju dengan cadangan si ARNAB. tarikh perlumbaan akan diadakan pada 4 sep 1984 (bersamaan tarikh lahir penulis) dan masanya ialah  selepas sembahyang sunnat aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah 1431 masihi.

perlawanan tersebut adalah di sertai hanya sang kura-kura dan si ARNAB jer.....xadilnye! berat sebelah yang nyata. binatang punya binatang. common la...

sesudah selesainya solat tersebut, maka perlumbaan pun di adakan.

organisasi yang ditubuhkan adalah;
  • en.gajah- peniup wisel mula
  • en zirafah-marshall
  • en tiger-ajk makanan
  • en tenggiling-peniup wisel penamat
  • en lipan-pencari track lumba
wisel mula telah bergema....lalu si ARNAB dengan pantasnya berlari tanpa melihat kiri dan kanan sebab track tersebut memang lurus tapi hanya pada permulaannya jer, pastu banyak jugak simpang siur nyer. memang hebat en.Lipan menyediakan prasarana bagi pertandingan ni. Sambung balik cerita tadi, Arnab sampai terpijak cenkerang sang kura-kura semasa nak starting berlari tadi. walaupun tak sakit tapi tu namenye kurang ajar, disgusting tau tak! tetiba penulis plak yang emo.

sang kura-kura plak dah tau kurang laju kenapa sewaktu  wisel mula ditiup baru la terhegeh-hegeh nak lekat nombor penyertaan. ni yang cepat jer aku nak marah.

tapi sebenarnye aku misunderstanding. sebenarnya tu hanyalah psikologi sang kura-kura untuk membiarkan si ARNAB yang eksen tu berlari sehingga dia alpha bahawa tenaga yang digunakan terlalu banyak sehingga ianya pancit. bijak betul sang kura-kura, sungguh tak disangka-sangka. tapi kura-kura tu lembab, semua pembaca risaukan kura-kura jer. dah asyik nak pikir jer bila nak berlarinyer....pembaca tak nak kura-kura kalah dan hanya berangan saje macam mat jenin. tul tak pembaca!


setelah si ARNAB telah jauh meninggalkan pesaingnya dengan begitu jauh, bak saujana mata memandang... kura-kura yang berkonsepkan pelan-pelan kayuh baru jer nak memulakan larian. walaupun tak laju tapi kura-kura ni maintain jer, tak penatkah kura-kura itu? bentak hati penulis.

kita pegi plak kepada larian si ARNAB, dia ni terlupe nak breakfast pagi tadi. oleh disebabkan itu jugak la dia pun mula pancit dan ngantuk...setibanya di satu simpang selekoh maut si ARNAB yang keletihan berhenti dan berehat. dia tidak kisah sgt tentang kura-kura kerana dia budget dia ialah johan menunggu. lebih-lebih lagi dalam kotak pemikirannya tertulis "ala kura-kura jauh lagi, esok kot baru sampai kat garisan penamat...ciutciutciut" ketawa si ARNAB dengan angkuhnya. dengan beralaskan kotak megi 'sedappp' dia pun tidur dengan nyenyaknya...siap berdengkor plak tu, sampai sang cengkerik pun tak senang nak menyanyi.

sang kura-kura yang maintain meneruskan langkahnya, dan setibanya di selekoh maut tersebut,dia terpandang si arnab yang nyenyak berdengkur sambil kakinya mengelap air liur mencurah di pipi,kura-kura menghampiri si arnab lalu menyelimutkan si arnab dengan daun keladi untuk tujuan menambahkan lagi frequenci kenyenyakkan si arnab.

melalui tindakan luar kawal, si arnab menarik daun keladi tersebut rapat ke dadanya bagai manusia menarik selimut tika hujan renyai-renyai menyimbah atap rumahnya. perlakuan si arnab itu menambahkan lagi keyakinan kura-kura bahawa si arnab kompom akan tido sampai pagi esok dan dia dapat menghabiskan perlumbaan dengan tenang dan penuh konpiden.

akhirnya, kura-kura sampai ke garisan penamat dengan gayanya yang macho sambil tengkoknya dikalungkan dengan kalungan bunga yang direnjis air mawar. mereka semua rakyat jelata meraikan kemenangan kura-kura dengan gilang gemilang sambil meminum air kelapa muda dan makan buah betik madu. kedengaran juga bunyi letupan biji getah dan buah letup umpama letupan mercun seludup di malam aidilfitri.

masuk hari ke dua keraian ,kehilatan si arnab sampai di garisan penamat dengan rasa bangga dan menganggap dia telah memenangi pertandingan tersebut. tetapi kehairanan terpancar di raut wajah si arnab apabila dia ternampak kura-kura dijulang oleh dua ekor babi @ dengan name manjanya iaitu baby pink sambil melaungkan kemenangan dan bersorak-sorak mengejek si arnab.

tapi yang menjadi pembaca plak pelik kenapa binatang haram tu turut terlibat, adakah cerita ni versi dongeng cina kot! Oleh itu, dengan rasa malu dan terhina, si arnab lantas melarikan diri ke dalam hutan sekuat hatinya dan tidak kembali lagi ke kampung halaman sehingga ke hari ini. sebab itulah kita lihat pada masa ini,si arnab tidak ada lagi di dalam hutan,sebaliknya dia tinggal di rumah-rumah manusia dan dipelihara oleh manusia disebabkan dia sudah hilang skil untuk tinggal dan mencari makan di hutan...sekian....

moral daripada cerita ni adalah jangan memandang kaum yang lemah dengan pandangan saujana mata memandang k..selain itu jugak, jangan sesekali sentuh benda haram, dosa tau!.selamat beramal...
tata...blub..blub..blubb

1 Komentar:

adz said...

Keep it up...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...