Di senja yang tak berapa nak sejuk berkemungkinan besar disebabkan waktu dah nak masuk Maghrib, aku yg keletihan kerana seharian menyertai perlawanan bolasepak persahabatan bersama abangku dalam playstation 2 (PS2) yang bakal menentu siapakah merupakan 'king stay' sejati.
Dalam pertandingan tersebut kami telah diperhatikan jauh oleh emak ku yang mcm tak puas hati dengan gelagat kami berdua. Hati ini mula berdetik, adakah emak ku marah @ emak ku sakit perut. Ermmm..biarkan lah, beliau tidak berkata-kata ape2 pun. Kami pun begitu asyik dengan pertandingan kami tanpa menghiraukan emak ku yg masih tercegat di dapur.
Alamak perut plak memulas, sakitnye perot aku..tak tahan. ni mesti kes kari kambing gurun yg daddy ku bawak balik dari Cairo tu.Alamak dah la jamban kat luar rumah, eeeeee, gelapnyer. Dah msuk maghrib mmg di kawasan rumahku sgt gelap sperti warna kaler air buncho yg berwarna hitam.
Walaubagaimana pun aku ni jenis yg berani ttpi pada masa berkenaan menjadi goyang krn mak ku kelihatan seperti dirasuk hantu. bulu romaku sekejap naik sekejap turun dibuatnya seperti ditiup angin laut.suhu badanku pula menurun sehiggakan seperti suhu di dalam freezer peti ais, adusss..sejuk dan dinginnya senja di hari ini.
ape yg peliknya hari ini? aku kebingungan.
Oleh kerana dah tak tahan dgn najis dipinggul ku yg dah tak sabar-sabar nak keluar, aku dgn tergesa-gesa menukarkan pkaian tandasku di fitting room. sebagai seorang sprinter sekolah, aku telah mencatat rekod baru berlari ke arah tandas yg berada di luar rumah dengan mengambil masa hanya beberapa second jer.
Dengan lafaz doa masuk tandas yg mcm bahasa ape tah sbb terlampau laju, aku pun melepaskan segala makanan yg telah tercerna dgn lengkapnya berserta gas busuk dan bunyi tersepit....piutttt..ahhhhhh leganyer.
Tanpa ku sedari, ade seekor haiwan yg bergelar kucing telah mengskodeng ku. kurang ajaq, ape pandang-pandang ni, malu la aku dohhh..dah mcm perakam video 3gp haram jer aku tgk gaya kucing ni. aku xmau muke aku tersebar dalam internet dgn tajuk video 3gp 'kerakusan lelaki dalam tandas'.
ohhhh..tidakkkkk..ni tak boleh jadi, aku pun dgn hati yg panas telah melempar kasut terompah yg aku pkai tadi ke arah binatang berkenaan. tapi malangnya dielak pula. alamak, nasib baik tak kena. kalau kena esok pagi aku akan tanam mayatmu tanpa ditalkin kan.
Hal ini telah membantutkan mood aku untuk menghabiskan sisa makanan di dalam perutku dan dgn pantasnya aku membasuh pinggulku dgan sabun cap kapak. entah bila la nak merasa pinggulku disabun dgn sabun protect plak.(bentak penulis)
Dgan perasaan memberontak, aku pun menghempas pintu jamban dan jalan menghentak-hentak kaki macam askar jepun lapar nasik sejuk sebagai tanda protestant. Setibanya aku di pintu rumah aku terlihat lagi mak aku masih terpacak seperti tiang bendera di ruang dapur. lalu aku pergi menyapa ibuku,'mak kenapa berdiri disini,tak lenguh ke buku lali mak, asyik berdiri jer ni? lalu mak ku berkata, buku lali aku bukan buku lali mu.
Mendengarkan 'sound' panas tu, lalu aku terkejut, adakah ini ibu Ku ataupun ibu Mu.Tanpa membuang sampah, aku pun membaca ayatul kursi untuk membinasakan syaiton-syaiton yang dah masuk dalam buku lali mak aku. Dan aku telah mengambil segelas air tapisan TECHNO WATER lalu ku minum sedikit kerana kehausan dan selebihnya aku buat macam bomoh dengan memasukkan air ke dalam mulut dan menyemburkan air kemam tadi ke muka mak aku.
Nak tau ape yang aku dapat? aku telah dilempang bertubi-tubi (bukan latihan latih tubi tau!) oleh ibuku. pantas ibuku berkata, ape pandang-pandang!kamu dah buang tebiat ker sembur air kumbahan mulut kamu ke muka mak yang baru buat peeling kerang ni. aikkk..tanya kita plak. dia yang berdiri 90 darjah macam sesiku L tegaknyer aku tak kater buang tebiat pun.
Lantas tanpa membuang sampah sekali lagi, ibu ku menerangkan perkara yang sebenar, bahawa dia stress sbb aku ngan abangku, telah main game selama 11 jam tanpa henti sedangkan dia nak tengok rancangan kegemarannya iaitu sinetron indon 'Cinta Kirana'. (macam best jer).
Dengan rasa menyesal, aku mengajak abangku untuk join aku pergi mintak maaf, halal makan minum kepada emakku kerana telah memencilkan hatinya sbb tak dapat tengok sinetron berkenaan. kami pun bermaafan dan berpeluk tubuh sesama sendiri.
Motifnya nyer di sini, jangan main game playstation lamer sangat nanti tv rosak. selain itu, jangan amalkan berdiri lame nnt buasir tau. dan yang terakhir sekali minumlah air tapisan yang berjenama sahaja (seperti air tapisan rumah penulis) dan yang terbaru ialah Herbalife dan Jusmate5 dr rozmey (2 Alam, 40 juta sasaran). sekian dulu..blubbbblubbb







0 Komentar:
Post a Comment